Khamis, 27 Oktober 2011

TAK SIHAT....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Dari semalam rasa tak sedap badan. Nak kata demam... tak lah panas sangat bila letak tangan kat dahi. Tapi rasa tak larat lah.. badan rasa sakit-sakit, tekak pun sakit, rasa tak nak bangun dari katil.. tapi rasa dah tak larat nak terbaring dah sebenarnya.

Jus maqui memang ku tak miss lah. Agaknya tu yang hari ni taklah rasa teruk sangat. Saya jarang sakit, Alhamdulillah, tapi kalau sekali dah kena tu biasanya memang teruk jugalah. Tapi kali ni berbeza sikit. Walaupun rasa macam tak larat, otot rasa sakit-sakit, tapi badan ni rasa gagahlah jugak nak menulis pagi ni. Kebetulan hari ni memang dah ambik cuti dah pun, so tak perlu nak ke klinik untuk dapatkan MC. Mungkin khasiat jus maqui memainkan peranan juga ni.

Bila kita tak sihat, kadang-kadang kita cuba untuk tidak berjumpa dengan doktor. Ada orang memang tak suka ke klinik/hospital.... malas nak tunggu giliran. Dah lah badan tak larat, nak kena duduk kat tempat menunggu dikelilingi oleh orang yang tak sihat juga.. rasa macam makin tak sihat kan? 

Jadi apa yang boleh kita buat kalau kita tak nak jumpa doktor dulu?

1. Minumlah jus maqui - jus yang tertinggi kandungan antioksidannya, boleh membantu sistem imunisasi badan bagi melawan jangkitan kuman.

2. Minum air suam yang banyak - kalau boleh, sepanjang rasa tak sihat tu minum air suam je. Jangan minum ais, jangan minum teh tarik/kopi, jangan minum air bergas/air manis.. AIR SUAM SAHAJA.

3. Setkan pada minda yang kita akan sihat - It's all in the power of the mind. Jangan layan sangat kehendak badan yang kata kita tak larat. Kalau yang suka shopping tu.. pegi window shopping (saya nak gi la sat lagi ni :)). Kalau yang suka bersenam tu pergi bersenam. Paksa diri untuk bangun.

4. Tarik nafas dalam-dalam 5 kali - Tarik nafas, pejamkan mata dan bayangkan udara segar tu masuk ke paru-paru bersama-sama oksigen yang segar dan bila hembuskan nafas, bayangkan segala toksin-toksin keluar juga bersama nafas anda.

Kalau lepas tu tak baik juga lagi? Kalau dah tiga hari demam tak baik-baik, itu tandanya badan anda memerlukan pertolongan... SILA JUMPA DOKTOR YANG BERDEKATAN DENGAN ANDA. Mungkin ada sesuatu yang lain daripada jangkitan kuman yang perlu diperiksa.

Oklah.. masa menulis rasa segar sikit... sekarang rasa nak terbaring pulak sekejap. Doakan semoga saya sembuh.

http://www.maquibuilder.com/alin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan