Jumaat, 21 Oktober 2011

APA SUMBER ANTIOKSIDAN?

Kalau kita lihat di pasaran... macam-macam jus antioksidan yang wujud sebenarnya. Dan semua orang kata jus merekalah yang terbaik .. maklumlah .. nak lakukan jualan. Sebenarnya, ada banyak jenis makanan yang mengandungi anti-oksidan ni. Secara umumnya, semua jenis buah-buahan dan segala tok nenek sayuran pun ada anti-oksidan, betul tak? 



Tapi masalahnya, kita sepatutnya mengambil 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari! Cuba kita lihat menu rakyat Malaysia secara umum:


Sarapan pagi: Roti canai/ nasi lemak + sekeping dua timun/ mee goreng + tua tiga helai sawi
Makan tengahari: Nasi putih + 2 jenis lauk pauk + suku pinggan sayur (mungkin kurang dari suku pinggan)
Makan malam: Lebih kurang sama macam makan tengahari


Ada orang akan makan buah-buahan dengan kadar yang banyak.. tetapi ramai tidak. Saya sendiri pun kurang mengamalkan. Jadi saya mengambil langkah untuk menambah suplemen anti-oksidan saya. Soalnya.. suplemen yang mana satu?? Bila dah ada banyak di pasaran, sudah tentulah kita akan pilih yang sedap, mudah didapati dan murah!


Buatlah pilihan yang tepat! Jumpa lagi di lain kali :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan