Sabtu, 22 Oktober 2011

SEPAGI DI PASAR TANI

Salam Sabtu buat semua....

Hari ni macam biasa setiap sabtu saya ke Pasar Tani Kelana Jaya... apa yang menarik di sana?

Saya hanya pernah ke pasar tani Kelana Jaya dan Shah Alam. Pada saya, yang menarik di pasar tani Kelana Jaya berbanding pasar tani Shah Alam ni, ada pasukan Rela yang membantu kelancaran kesesakan lalu-lintas dan mencari tapak kosong untuk mereka yang membawa kereta ke pasar. Seronok melihat gelagat mereka sungguh 'lively' dan bersemangat walaupun tugas mereka hanya membantu mencari 'parking'! Walaupun terpaksa menunggu giliran untuk 'park' kereta, masa berlalu tidak terlalu lama kerana saya di temani sebuah buku cerita yang sengaja diletakkan di dalam kereta untuk di baca semasa 'traffic jam' dan ketika lampu trafik merah :)

Seperti biasa, saya membeli lauk-pauk mentah dan sayur-sayuran yang lazim di beli. Aduh... mahalnya harga barang sekarang ni.. kalau dulu, dalam RM100 tu kira cukuplah untuk membeli barang-barang dapur. Hari ni, saya telah belanjakan hampir RM200!!


Bayangkan.. di gerai sayur, saya telah membeli seikat sayur bayam, 3 batang lobak merah, segenggam cili merah, segenggam cili hijau, 2 plastik cendawan, baby corn, sepapan petai, suku bunga kobis dan segenggam bendi.... harganya?? RM33!! Zaman dulu kalau beli sayur tak pernah lebih RM10!

Alhamdulillah, baru-baru ni belanjawan diumumkan dan ada yang bertuah dapat bonus. Tapi, belum sempat bonus masuk, harga barang terus naik! Boleh ke kita bergantung kepada kerja makan gaji semata-mata? Fikir-fikirkanlah....

http://www.maquibuilder.com/alin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan