Khamis, 20 Oktober 2011

KESAN BURUK RADIKAL BEBAS

Buat pengetahuan semua pembaca, radikal bebas adalah sesuatu hasilan toksik apabila badan menghasilkan tenaga. Ia boleh menyebabkan proses penuaan dan menyebabkan DNA kita rosak. Kita boleh andaikan radikal bebas ni seperti karbon yang keluar dari eksos kereta. Karbon itu dihasilkan daripada proses menukar petrol kepada tenaga mekanikal.



Apabila mitokondria yang ada dalam sel badan menghasilkan tenaga, molekul-molekul yang dipanggil radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. Apabila DNA rosak, ia akan menjejaskan fungsi sel apabila sel membahagi dan membentuk sel-sel baru.

Ada pelbagai jenis radikal bebas, contohnya:

  • Superoxide
  • Hydroxyl
  • Peroxyl
  • Nitric oxide
  • Hydrogen peroxide

Radikal bebas ini boleh menyebabkan kesan terhadap struktur badan antaranya:

  • Pembentukan kanser
  • Kerosakan system kardiovaskular
  • Kerosakan system imuniti badan
  • Kerosakan kulit


Apakah pula peranan antioxidant?

Peranannya adalah meneutralkan radikal bebas.  Sama seperti peranan air memadamkan api. Terdapat pelbagai jenis antioksida yang mudah didapati. Vitamin-vitamin A, C dan E merupakan antioksidan. Contoh-contoh lain adalah seperti polyphenol, asid lipoik, resveratrol, lycopene, selenium dan melatonin.

Kebanyakan antioksidan bekerja secara sinergistik antara satu dengan yang lain, lenih daripada bersendirian. Pemakanan tambahan yang baik akan mengandungi beberapa jenis antioksidan tertentu dengan kombinasi yang sesuai.

Jadi apakah cara terbaik untuk mengelakkan kesan sampingan radikal bebas?

  • Jangan merokok – jika anda perokok tegar, bercita-citalah untuk berhenti
  • Jangan berada di bawah sinaran matahari secara berlebihan
  • Jangan ambil makanan yang mengandungi lemak tepu
  • Jangan gunakan minyak berlebihan apabila memasak
  • Bersenam atau bersukan
  • Dapatkan formula antioksidan yang terbaik
  • Kurangkan stress
  • Sentiasa senyum 
Jumpa lagi di lain hari!

http://www.maquibuilder.com/alin



Tiada ulasan:

Catat Ulasan