Selasa, 8 November 2011

YANG PERGI TAKKAN KEMBALI

Salam sejahtera buat pembaca sekelian...

Dah agak lama juga tak buka blog ni sejak pemergian arwah makcik tempoh hari. Sahabat-sahabat dan kaum keluarga tahu apa yang terjadi.. terlalu sedih kalau nak diulang cerita tu semula di sini... kalau terkenangkan memang pasti bergenang airmata.

Jadi.. saya takkan ulang semula cerita tu di sini.. cukuplah bagi saya sertakan iringan doa semoga arwah akan berada dikalangan orang yang solehah hendaknya.. amiiin.

Sebaliknya.... bagi yang masih hidup hendaklah dijadikan iktibar. Yang hidup pastinya akan mati di satu hari nanti. Jika sakit.. ikhtiarkan agar sembuh, kerana bila malaikat maut menjenguk, kemungkinan kita akan dapat tempoh yang panjang, kemungkinan juga tidak. Kalau kita dapat sakit yang berpanjangan seperti kanser yang memakan diri secara perlahan-lahan... hikmahnya adalah kita masih ada kesempatan untuk bermaaf-maafan bersama-sama orang yang dikenali dan dikasihi. Sebaliknya, jika ajal kita tiba secara mengejut... contohnya, pengsan dan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba atau lebih menyayat hati, jika terlibat dengan kemalangan yang mengerikan dan tidak sempat untuk diselamatkan, maka tiada lagi kesempatan buat kita menyelesaikan perkara-perkara tertangguh baik bersama keluarga mahupun rakan taulan.

Oleh sebab itu... lebih baik kita CEGAH SEBELUM PARAH. Tak kiralah apa pun pendekatan yang kita ambil... pertama sekali.. kita perlu ada ilmu sedikit sebanyak tentang kesihatan untuk menjaga kesihatan diri sendiri, kedua... bila dah ada ilmu tu.. kenalah mengamalkannya. Ketiga pula ... setelah mengamalkan ilmu untuk diri sendiri... sudah tentu kita mahu berkongsi ilmu dan amalan kita bersama keluarga dan sahabat handai...

Itulah yang saya cuba lakukan. Sharing is caring... take care of your health before it's too late!

http://www.maquibuilder.com/alin

Khamis, 27 Oktober 2011

TAK SIHAT....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Dari semalam rasa tak sedap badan. Nak kata demam... tak lah panas sangat bila letak tangan kat dahi. Tapi rasa tak larat lah.. badan rasa sakit-sakit, tekak pun sakit, rasa tak nak bangun dari katil.. tapi rasa dah tak larat nak terbaring dah sebenarnya.

Jus maqui memang ku tak miss lah. Agaknya tu yang hari ni taklah rasa teruk sangat. Saya jarang sakit, Alhamdulillah, tapi kalau sekali dah kena tu biasanya memang teruk jugalah. Tapi kali ni berbeza sikit. Walaupun rasa macam tak larat, otot rasa sakit-sakit, tapi badan ni rasa gagahlah jugak nak menulis pagi ni. Kebetulan hari ni memang dah ambik cuti dah pun, so tak perlu nak ke klinik untuk dapatkan MC. Mungkin khasiat jus maqui memainkan peranan juga ni.

Bila kita tak sihat, kadang-kadang kita cuba untuk tidak berjumpa dengan doktor. Ada orang memang tak suka ke klinik/hospital.... malas nak tunggu giliran. Dah lah badan tak larat, nak kena duduk kat tempat menunggu dikelilingi oleh orang yang tak sihat juga.. rasa macam makin tak sihat kan? 

Jadi apa yang boleh kita buat kalau kita tak nak jumpa doktor dulu?

1. Minumlah jus maqui - jus yang tertinggi kandungan antioksidannya, boleh membantu sistem imunisasi badan bagi melawan jangkitan kuman.

2. Minum air suam yang banyak - kalau boleh, sepanjang rasa tak sihat tu minum air suam je. Jangan minum ais, jangan minum teh tarik/kopi, jangan minum air bergas/air manis.. AIR SUAM SAHAJA.

3. Setkan pada minda yang kita akan sihat - It's all in the power of the mind. Jangan layan sangat kehendak badan yang kata kita tak larat. Kalau yang suka shopping tu.. pegi window shopping (saya nak gi la sat lagi ni :)). Kalau yang suka bersenam tu pergi bersenam. Paksa diri untuk bangun.

4. Tarik nafas dalam-dalam 5 kali - Tarik nafas, pejamkan mata dan bayangkan udara segar tu masuk ke paru-paru bersama-sama oksigen yang segar dan bila hembuskan nafas, bayangkan segala toksin-toksin keluar juga bersama nafas anda.

Kalau lepas tu tak baik juga lagi? Kalau dah tiga hari demam tak baik-baik, itu tandanya badan anda memerlukan pertolongan... SILA JUMPA DOKTOR YANG BERDEKATAN DENGAN ANDA. Mungkin ada sesuatu yang lain daripada jangkitan kuman yang perlu diperiksa.

Oklah.. masa menulis rasa segar sikit... sekarang rasa nak terbaring pulak sekejap. Doakan semoga saya sembuh.

http://www.maquibuilder.com/alin

Isnin, 24 Oktober 2011

10,0000 LANGKAH SEHARI

Tahukah anda kementerian kesihatan telah melancarkan kempen berjalan kaki 10,000 langkah sehari baru-baru ini? Apakah tujuannya?



Di zaman teknologi serba canggih sekarang ini, ramai di kalangan kita dipermudahkan sehingga manusia malas untuk bergerak. Tradisi penggunaan tenaga dalam rutin harian yang semakin berkurangan dan amalan pemakanan yang tidak sihat menyebabkan berlakunya pelbagai jenis penyakit dan masalah kesihatan dalam masyarakat hari ini. Semakin lama, semakin ramai yang menjadi obes. Mana taknya.. dari ground floor nak naik tingkat satu pun sanggup tunggu lif, walaupun lif lambat sampai!

Macam yang sudah pun diketahui umum, obesiti tu adalah punca utama kepada berlakunya masalah-masalah kesihatan yang lain seperti diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung.



Eloklah juga kerajaan buat kempen ni... tapi janganlah sekadar masa kempen tu aje yang beria-ia berjalan 10,000 langkah sehari, lepas tu terkubur macam tu aje. Jom kita berazam untuk melangkah 10,000 langkah sehari mulai hari ini di samping minum dua tutup jus maquiberry!

http://www.maquibuilder.com/alin



Sabtu, 22 Oktober 2011

SEPAGI DI PASAR TANI

Salam Sabtu buat semua....

Hari ni macam biasa setiap sabtu saya ke Pasar Tani Kelana Jaya... apa yang menarik di sana?

Saya hanya pernah ke pasar tani Kelana Jaya dan Shah Alam. Pada saya, yang menarik di pasar tani Kelana Jaya berbanding pasar tani Shah Alam ni, ada pasukan Rela yang membantu kelancaran kesesakan lalu-lintas dan mencari tapak kosong untuk mereka yang membawa kereta ke pasar. Seronok melihat gelagat mereka sungguh 'lively' dan bersemangat walaupun tugas mereka hanya membantu mencari 'parking'! Walaupun terpaksa menunggu giliran untuk 'park' kereta, masa berlalu tidak terlalu lama kerana saya di temani sebuah buku cerita yang sengaja diletakkan di dalam kereta untuk di baca semasa 'traffic jam' dan ketika lampu trafik merah :)

Seperti biasa, saya membeli lauk-pauk mentah dan sayur-sayuran yang lazim di beli. Aduh... mahalnya harga barang sekarang ni.. kalau dulu, dalam RM100 tu kira cukuplah untuk membeli barang-barang dapur. Hari ni, saya telah belanjakan hampir RM200!!


Bayangkan.. di gerai sayur, saya telah membeli seikat sayur bayam, 3 batang lobak merah, segenggam cili merah, segenggam cili hijau, 2 plastik cendawan, baby corn, sepapan petai, suku bunga kobis dan segenggam bendi.... harganya?? RM33!! Zaman dulu kalau beli sayur tak pernah lebih RM10!

Alhamdulillah, baru-baru ni belanjawan diumumkan dan ada yang bertuah dapat bonus. Tapi, belum sempat bonus masuk, harga barang terus naik! Boleh ke kita bergantung kepada kerja makan gaji semata-mata? Fikir-fikirkanlah....

http://www.maquibuilder.com/alin

Jumaat, 21 Oktober 2011

APA SUMBER ANTIOKSIDAN?

Kalau kita lihat di pasaran... macam-macam jus antioksidan yang wujud sebenarnya. Dan semua orang kata jus merekalah yang terbaik .. maklumlah .. nak lakukan jualan. Sebenarnya, ada banyak jenis makanan yang mengandungi anti-oksidan ni. Secara umumnya, semua jenis buah-buahan dan segala tok nenek sayuran pun ada anti-oksidan, betul tak? 



Tapi masalahnya, kita sepatutnya mengambil 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari! Cuba kita lihat menu rakyat Malaysia secara umum:


Sarapan pagi: Roti canai/ nasi lemak + sekeping dua timun/ mee goreng + tua tiga helai sawi
Makan tengahari: Nasi putih + 2 jenis lauk pauk + suku pinggan sayur (mungkin kurang dari suku pinggan)
Makan malam: Lebih kurang sama macam makan tengahari


Ada orang akan makan buah-buahan dengan kadar yang banyak.. tetapi ramai tidak. Saya sendiri pun kurang mengamalkan. Jadi saya mengambil langkah untuk menambah suplemen anti-oksidan saya. Soalnya.. suplemen yang mana satu?? Bila dah ada banyak di pasaran, sudah tentulah kita akan pilih yang sedap, mudah didapati dan murah!


Buatlah pilihan yang tepat! Jumpa lagi di lain kali :)

Khamis, 20 Oktober 2011

KESAN BURUK RADIKAL BEBAS

Buat pengetahuan semua pembaca, radikal bebas adalah sesuatu hasilan toksik apabila badan menghasilkan tenaga. Ia boleh menyebabkan proses penuaan dan menyebabkan DNA kita rosak. Kita boleh andaikan radikal bebas ni seperti karbon yang keluar dari eksos kereta. Karbon itu dihasilkan daripada proses menukar petrol kepada tenaga mekanikal.



Apabila mitokondria yang ada dalam sel badan menghasilkan tenaga, molekul-molekul yang dipanggil radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. Apabila DNA rosak, ia akan menjejaskan fungsi sel apabila sel membahagi dan membentuk sel-sel baru.

Ada pelbagai jenis radikal bebas, contohnya:

  • Superoxide
  • Hydroxyl
  • Peroxyl
  • Nitric oxide
  • Hydrogen peroxide

Radikal bebas ini boleh menyebabkan kesan terhadap struktur badan antaranya:

  • Pembentukan kanser
  • Kerosakan system kardiovaskular
  • Kerosakan system imuniti badan
  • Kerosakan kulit


Apakah pula peranan antioxidant?

Peranannya adalah meneutralkan radikal bebas.  Sama seperti peranan air memadamkan api. Terdapat pelbagai jenis antioksida yang mudah didapati. Vitamin-vitamin A, C dan E merupakan antioksidan. Contoh-contoh lain adalah seperti polyphenol, asid lipoik, resveratrol, lycopene, selenium dan melatonin.

Kebanyakan antioksidan bekerja secara sinergistik antara satu dengan yang lain, lenih daripada bersendirian. Pemakanan tambahan yang baik akan mengandungi beberapa jenis antioksidan tertentu dengan kombinasi yang sesuai.

Jadi apakah cara terbaik untuk mengelakkan kesan sampingan radikal bebas?

  • Jangan merokok – jika anda perokok tegar, bercita-citalah untuk berhenti
  • Jangan berada di bawah sinaran matahari secara berlebihan
  • Jangan ambil makanan yang mengandungi lemak tepu
  • Jangan gunakan minyak berlebihan apabila memasak
  • Bersenam atau bersukan
  • Dapatkan formula antioksidan yang terbaik
  • Kurangkan stress
  • Sentiasa senyum 
Jumpa lagi di lain hari!

http://www.maquibuilder.com/alin



Rabu, 19 Oktober 2011

KIDS LOVE IT TOO!

Berjumpa lagi kita...


Hari ni just nak cerita .. anak-anak ku punyalah berebut nak minum jus maqui tu, sampai terjatuh dan pecah tutupnya!! isk isk isk... budak-budak sukalah sebab rasanya macam ribena. Tapi untuk kanak-kanak, dosnya cuma satu tutup sehari :)

http://www.maquibuilder.com/alin

Isnin, 17 Oktober 2011

KISAH MENGEJUTKAN

Salam dan selamat sejahtera....

Saya baru membaca berita mengejutkan dari email tentang kematian seseorang yang sangat muda. Sunnguh tak disangka-sangka! Arwah telah jogging pada waktu pagi, dan tiba-tiba telah terjatuh dan meninggal dunia. Saya pernah terdengar kes macam ni ada kemungkinannya disebabkan masalah jantung atau aterosklerosis. Lebih-lebih lagi kalau ada kaum keluarganya yang sebelum ni pun meninggal terkejut macam tu.

Setahu saya, aterosklerosis tu disebabkan kesan radikal bebas yang menyebabkan himpunan lemak yang semakin lama semakin terkumpul di saluran darah. bila dah terkumpul tu, salur darah akan menjadi lebih sempit dari biasa. Ini menyebabkan darah yang disalurkan ke jantung berkurangan. Bila seseorang sedang jogging pula, jantung perlukan darah tambahan untuk mendapatkan oksigen yang lebih, tapi kalau salur darahnya dah separuh tersumbat, susahlah darah nak ke jantung. Lepas tu jantung akan terbeban.... sehinggalah ia tak larat lagi..

Hmm.. kalaulah dia mengamalkan antioksidan....

ok. jumpa lagi lain kali! Satu hari dua tutup maquiberi :)

Ahad, 16 Oktober 2011

KHASIAT JUS MAQUI

Salam dan selamat pagi Ahad ... one more rest day sebelum kita sambung bekerja pada esok hari. Kelebihan bagi mereka yang bekerja sendiri... everyday is a Sunday! Sesuatu yang ku impikan yang InshaAllah akan jadi kenyataan.


Ok .. perkongsian hari ni.. apa sebenarnya kelebihan jus maqui ni? Kenapa ia berbeza dgn macam-macam produk kesihatan yang ada kat luar tu? 


Perbezaan paling ketara adalah kandungan antioksidannya yang tertinggi bila dibandingkan dengan buah-buah lain menurut satu kajin .. bukan kajian saya nih.. kajian pakar. Cuba lihat carta di bawah ni...


Kalau dibandingkan dengan buah manggis pun .. dia masih yang tertinggi. Dah la manggis tu senang je dapat kat malaysia ni ... Asal usul buah ni jauh ... yang tu kita cerita lain kali.


Apa pula khasiat jus maqui? Lihat senarai di bawah:

•Beri / Buah yang mengandungi antioksidan yang tertinggi di seluruh dunia.
•Menurunkan berat badan.
•Meningkatkan kekuatan dan daya ketahanan.
•Menyokong kesihatan penuaan.
•Meneutralkan radikal bebas.
•Sumber vitamin C, kalsium, besi dan kalium yang bagus.
•Menambahkan paras tenaga.
•Aktiviti anti-radang.
•Melindungi LDL daripada pengoksidaan.
•Menguatkan tulang dan sendi.
•Memutihkan kulit dan melindungi kulit daripada sinaran matahari.
•Mengurangkan tahap kolesterol buruk (LDL)
•Menyokong kesihatan saluran darah jantung


Setiap orang pasti mempunyai testimoni berbeza sebab setiap orang mempunyai tindakbalas dan metabolisma yang berbeza. Bagi saya yang dah hampir 3 minggu minum jus maqui ni, pagi-pagi dah tak selsema dah macam dulu, kalau tak tiap-tiap pagi mesti kena ada tisu di tangan. Satu lagi yang saya nak perhatikan .. betul ke jus maqui ni boleh turunkan berat badan... nanti kita tengok.


Oklah .. that's all for today. Jumpa lagi di lain hari! Satu hari dua tutup maquiberi :)


http://www.maquibuilder.com/alin

Sabtu, 15 Oktober 2011

APA YANG ADA DALAN JUS MAQUI NI??

Salam hari minggu buat semua! Di harap minggu ni anda dapat berehat dengan baik bersama keluarga tercinta. Bagi saya, hari ni merupakan hari rehat setelah 2 minggu penuh dengan konferens dan kelas-kelas pengajaran.


Saya nak kongsi satu je hari ni...


istimewanya jus maqui ni kerana ia mengandungi:


Buah-buah Maqui Berry
  • Beri / Buah yang mengandungi antioksidan yang tertinggi di seluruh dunia.
  • Menurunkan berat badan.
  • Meninggatkan kekuatan dan daya ketahanan.
  • Menyokong kesihatan penuaan.
  • Meneutralkan radikal bebas.
  • Sumber vitamin C, kalsium, besi dan kalium yang bagus.
  • Menambahkan paras tenaga.
  • Aktiviti anti-radang.
  • Melindungi LDL daripada pengoksidaan.
  • Menguatkan tulang dan sendi.
  • Memutihkan kulit dan melindungi kulit daripada sinaran matahari.


Resveratrol
  • •  Mengandungi Resveratrol sebanyak 7 botol wain merah dalam satu
  • sajian.
  • •  Meningkatkan kesihatan dan melanjutkan hayat hidup.
  • •  Melindungi sistem kardiovaskular.
  • •  Merangsang aktiviti penyahtoksikan dalam badan.
  • •  Aktiviti anti-inflamasi.
  • •  Melindungi anda daripada kanser dan kekacauan
  • neurodegenerative seperti Alzheimers dan Parkinsons.

Lidah buaya vera
  • Mengandungi vitamin, mineral, asid amino dan unsur surih yang lain, membolehkan badan supaya berupaya menyembuhkan sendiri.
  • Meningkatkan kenalaran usus.
  • Memperkenalkan kulit yang sihat.
  • Membantu dalam pengawalan berat badan.
  • Mengurangkan keradangan dan kesakitan yang disebabkan oleh artritis, sendi-sendi dan otot-otot.
  • Mengawal keasidan perut.
  • Membantu pesakit kencing manis peringkat kedua.
  • Vitamin B yang tinggi untuk peredaran darah, kardiovaskular, pencernaan dan kesihatan sistem imun


Mineral Ionik Laut
  • •  Diperlukan untuk penghasilan saraf dan pengecutan otot.
  • •  Diperlukan untuk memasukkan nutrisi dan mengeluarkan bahan-
  • bahan buangan dari sel.
  • •  Diperlukan untuk menyerap nutrisi dari saluran penghadaman.
  • •  Membantu untuk mengambil nutrisi yang khusus untuk mendapat
  • faedah yang sepenuhnya.
  • •  Diperlukan untuk penyenggaraan imbangan asid-bes dalam
  • badan.
  • •  Penting untuk memastikan hati dan buah pinggan berfungsi
  • dengan baik, dan menyahtoksikan badan kami.

Campuran Buah
Campuran buah yang menakjubkan – Campuran eksklusif buah kami yang menakjubkan ini mengandungi: strawberi, kranberi, beri biru, bilberries, raspberi dan elderberi. Campuran beri ini merupakan satu sumber antioksidan yang amat penting dan menambahkan rasa sedap kepada formula yang menakjubkan in

Jumpa lagi di lain hari! Satu hari dua tutup maquiberi :)




Khamis, 13 Oktober 2011

APAKAH DIA RADIKAL BEBAS?

Hari ini pasti kita sering dengar pelbagai masalah kesihatan melanda
samada emak,ayah adik beradik, jiran ,rakan2 mahupun diri kita sendiri.
masyarakat malaysia kita begitu sinonim dengan penyakit-penyakit
moden seperti kencing manis,darah tinggi,kanser,jantung dan lain2.
mengapakah penyakit2 ini boleh berleluasa kini dan semakin ramai
menderita keranaya dan menemui ajal di usia muda akibat penyakit
moden ini?

Penyakit moden yang ramai hadapi di sebabkan oleh radikal bebas. Apa itu radikal bebas? 

Radikal bebas adalah satu molekul yang tidak stabil yang terhasil dari permakanan,pencemaran,radiasi,dll yang masuk kedalam sistem badan kita dan merosak sel dan molekul yang sihat dan akhirnya banyak sel dan molekul didalam badan kita rosak, maka terjadinya pengumpulan toksik yang mengakibatkan kanser dan penyakit2 lain.

Kalau di lihat gambar yang di upload ni,radikal bebas terhasil dari perbuatan seharian kita. jadi sememangnya kita tak dapat nak lari dari terkena atau tak dapat elak
dari radikal bebas ini,tetapi kita mampu menghalang dari radikal bebas ini
merosakkan sel dalam badan kita dengan mengambil anti oksidan yang lebih
dengan mengamakan Jus Maqui iaitu produk yang mempunyai anti oksidan
yang tertinggi maka permasalahan ini dapat kita bendung.

Mulakanlah hari ini.. dua tutup je sehari..




Selasa, 11 Oktober 2011

Starting anew....

Dah lama dah tak bukak blogger ni sebenarnya. Rindu rasanya nak menulis tapi tak berkesempatan. Kali ni ku kuatkan azam juga sebab ada sesuatu yang hendak dikongsikan bersama. Pada hari ni genap dua minggu Lin amalkan jus maquiberi ni .. best. Apa kelebihan jus ni? Nantikan perisian seterusnya esok ok!