Selasa, 8 November 2011

YANG PERGI TAKKAN KEMBALI

Salam sejahtera buat pembaca sekelian...

Dah agak lama juga tak buka blog ni sejak pemergian arwah makcik tempoh hari. Sahabat-sahabat dan kaum keluarga tahu apa yang terjadi.. terlalu sedih kalau nak diulang cerita tu semula di sini... kalau terkenangkan memang pasti bergenang airmata.

Jadi.. saya takkan ulang semula cerita tu di sini.. cukuplah bagi saya sertakan iringan doa semoga arwah akan berada dikalangan orang yang solehah hendaknya.. amiiin.

Sebaliknya.... bagi yang masih hidup hendaklah dijadikan iktibar. Yang hidup pastinya akan mati di satu hari nanti. Jika sakit.. ikhtiarkan agar sembuh, kerana bila malaikat maut menjenguk, kemungkinan kita akan dapat tempoh yang panjang, kemungkinan juga tidak. Kalau kita dapat sakit yang berpanjangan seperti kanser yang memakan diri secara perlahan-lahan... hikmahnya adalah kita masih ada kesempatan untuk bermaaf-maafan bersama-sama orang yang dikenali dan dikasihi. Sebaliknya, jika ajal kita tiba secara mengejut... contohnya, pengsan dan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba atau lebih menyayat hati, jika terlibat dengan kemalangan yang mengerikan dan tidak sempat untuk diselamatkan, maka tiada lagi kesempatan buat kita menyelesaikan perkara-perkara tertangguh baik bersama keluarga mahupun rakan taulan.

Oleh sebab itu... lebih baik kita CEGAH SEBELUM PARAH. Tak kiralah apa pun pendekatan yang kita ambil... pertama sekali.. kita perlu ada ilmu sedikit sebanyak tentang kesihatan untuk menjaga kesihatan diri sendiri, kedua... bila dah ada ilmu tu.. kenalah mengamalkannya. Ketiga pula ... setelah mengamalkan ilmu untuk diri sendiri... sudah tentu kita mahu berkongsi ilmu dan amalan kita bersama keluarga dan sahabat handai...

Itulah yang saya cuba lakukan. Sharing is caring... take care of your health before it's too late!

http://www.maquibuilder.com/alin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan